Thursday, 14 May 2015

Aktiviti Keceriaan Bilik BOSS


















Aktiviti Menaik Taraf Taman & Pondok SPBT















ANUGERAH BOSS


Sijil penghargaan yang diterima oleh SPBT SMK Sultan Yussuf


ANUGERAH BOSS
SMK SULTAN YUSSUF
BATU GAJAH , PERAK

BIL
TAHUN
ANUGERAH
1.
2003
JOHAN ZON
2.
2004
          KE-3 PERINGKAT KINTA
3.
2005
JOHAN KINTA
4.
2006
KE-3 PERINGKAT NEGERI
5.
2007
KE-2 PERINGKAT KINTA
6.
2008
KE-2 PERINGKAT NEGERI
7.
2009
KE-2 PERINGKAT NEGERI
8.
2010
KE-2 PERINGKAT NEGERI
9.
2011
KE-2 PERINGKAT NEGERI
10.
2012
-
11
2013
-
12
2014
JOHAN PERTANDINGAN BILIK KHAS
13
2015
-

PERLEMBAGAAN SPBT

PERLEMBAGAAN KELAB SPBT



  • Kehadiran ahli adalah diwajibkan setiap kali perjumpaan kecuali bersebab.
  • Perjumpaan Kelab SPBT adalah seperti yang dijadualkan mengikut kumpulan, di BOSS , dari jam 1.15 hingga 3.15 petang pada hari Isnin dan Rabu setiap minggu.
  • Ahli mestilah memakai pakaian yang sesuai dan kemas   serta sopan semasa perjumpaan.
  • Ahli perlu membayar RM1.00 sebagai yuran pendaftaran sekali setahun. Yuran bulanan tertakluk kepada persetujuan ahli.
  • Ahli perlu menjaga  disiplin dan nama baik sekolah sepanjang masa perjumpaan.
  • Ahli yang didapati gagal hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab boleh disingkirkan daripada kelab.
  • Ahli perlu bertugas mengikut jadual tugasan mereka mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 

OBJEKTIF SPBT DAN PIAGAM PELANGGAN




OBJEKTIF SPBT
  • MERINGANKAN BEBAN KEWANGAN IBU BAPA DAN PENJAGA.
  • MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR MENDAPAT BUKU.
  • MENGAPLIKASIKAN DAN MENGIKUTI DASAR-DASAR KELAYAKAN SPBT.
  • MENGURUSKAN BOSS DENGAN RIANG, IKHLAS DAN TELITI.
  • MENGAMALKAN BUDAYA MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA PENGETAHUAN MELALUI BUKU TEKS.
  • MEMASTIKAN PENGGUNAAN MAKSIMUM KESEMUA BUKU TEKS.
  • MENANAM SEMANGAT MEMBACA DAN KEMASYARAKATAN DALAM SANUBARI SETIAP WARGA SEKOLAH.


PIAGAM PELANGGAN
  • MENJADIKAN PENGURUSAN SPBT PERINGKAT SEKOLAH BENAR-BENAR CEKAP DAN EFISYEN BAGI MENCAPAI OBJEKTIF YANG DIGARISKAN. 
  • MEMINIMAKAN KADAR KEROSAKAN BUKU-BUKU SPBT. 
  • MEMASTIKAN SEMUA URUSAN SENTIASA BERJALAN LANCAR. 
  • SENTIASA BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGAN. 
  • TABAH MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MENDIDIK PELAJAR AGAR BERKETERAMPILAN, BERDAYA SAING, SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. 
  • MEMBERI PERHATIAN MESRA DAN CEKAP BEKERJASAMA KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN. 
  • MENGURUSKAN PROSES PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU TEKS DENGAN CEKAP. 
  • MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR MENDAPAT BUKU TEKS SPBT. 
  • MEMASTIKAN BUKU TEKS DIJAGA DENGAN BAIK .
  • MEMASTIKAN BUKU STOK SENTIASA DIKEMAS KINI. 
  • SENTIASA PEKA DENGAN MAKLUMAT TERKINI. 
  • MEMASTIKAN SETIAP PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PIHAK 
  • SPBT MENDAPAT LAYANAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

VISI, MISI DAN MOTO BOSS SULTAN YUSSUF





VISI BOSS SMK SULTAN YUSSUF

  • Boss SMK Sultan Yussuf akan menguruskan perkhidmatan SPBT dengan adil,cepat,tepat dan berkualiti agar menjadi BOSS yang cemerlang, gemilang dan terbilang di Malaysia.


MISI BOSS SMK SULTAN YUSSUF

BOSS SMK SULTAN YUSSUF akan, pada setiap masa :
  • Memberi perkhidmatan SPBT terbaik berdasarkan status kelayakan semasa, secara efisyen dan cemerlang ke arah merialisasikan hasrat SPBT SMKSY.
  • Memberikan pendidikan  bermutu dan adil kepada semua murid melalui budaya kerja cemerlang dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga sekolah.
  • Berdedikasi, komited dan ikhlas dalam pengurusan SPBT secara berterusan berpandukan dasar yang ditetapkan.
  • Meningkatkan kualiti penjagaan buku teks di tangan pelajar.


MOTO BOSS SMK SULTAN YUSSUF

  • Pengurusan Berkualiti, Adil , Mesra dan Cepat, menjana kecemerlangan SPBT.



PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

SMK SULTAN YUSSUF BATU GAJAH
PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS



  • Murid-murid hendaklah membalut buku-buku teks yang dipinjamkan ini dengan plastik lutsinar.
  • Buku-buku Teks Pinjaman tidak boleh diconteng,digaris atau dimusnahkan dengan apa cara juapun.
  • Murid-murid mesti menggantikan buku-buku yang musnah atau hilang.
  • Buku-buku Teks tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain atau ditinggalkan di kelas.
  • Buku-buku Teks Pinjaman ini hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah pada akhir tahun.
  • Buku-buku Teks Pinjaman yang tidak dibalut dengan plastic lutsinar akan didenda RM0.50 setiap buah buku.
  • Buku-buku Teks Pinjaman yang koyak atau rosak mesti dibaik pulih sebelum dipulangkan atau bayaran RM2.00 bagi setiap buah buku akan dikenakan sebagai bayaran proses baik pulih buku.
  • Murid-murid yang berhutang buku tidak akan diberikan buku untuk sesi berikutnya, sehingga mereka memulangkan semua buku spbt yang diambil.
  • Bertimbang rasa dan pulangkan buku mengikut tarikhnya untuk kegunaan pelajar lain.